
31 Pelatih Terima Watikah Akademi Daie Muda YADIM 2025
PUTRAJAYA, 15 Mei 2025 – 31 pelatih Akademi Daie Muda YADIM 2025 menerima watikah pelantikan dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan. Dr. Zulkifli Hasan menyifatkan Akademi Daie Muda sebagai "platform holistik melahirkan pendakwah masa hadapan bertaraf dunia." Majlis ini merupakan tahun ketujuh program tersebut diadakan. "Program ini adalah sangat holistik," kata Dr. Zulkifli. "Kita menggabungkan pelbagai dimensi dan aspek agar daie muda yang kita lahirkan dapat memberikan yang terbaik kepada masyarakat." Akademi Daie Muda menyediakan latihan menyeluruh yang merangkumi ilmu-ilmu tradisi dan kemahiran terkini, bagi membolehkan para daie muda berdakwah dengan lebih berkesan dalam era digital.